Wednesday, March 21, 2012

Kasihanilah Hawa Wahai Adam!!


“Musa berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Qasas ayat 16) 


بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah..syukur di atas rahmat dan kasih Ilahi, penulisan entri kali ini dapat dihasilkan setelah terpanggil untuk memberi komentar mengenai masalah yang acap kali berlaku dalam kalangan umat akhir zaman ini.
Akhir-akhir ini, telinga saya menerima santapan pelbagai berita dan masalah dalam kalangan remaja iaitu putus cinta.
Untuk itu, saya ingin mengajak kalian merenung diri kita kembali dimana silap dan salah kita yang terlepas pandang.

Hawa dan Adam ku syg..
kehidupan ini bagaikan roda, tidak selalu kita di atas, sampai masa kita berada di bawah. Kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit,muda sebelum TUA..ingatlah sahabat-sahabatku, kita dilahirkan sama tarafnya. Maka..matlamat kita dilahirkan ke bumi juga sama iaitu menjadi hamba yang soleh.
sahabatku sayang..jangan menangisi kesilapan lalu sebagai kesilapan yang tiada kata maaf dari PENCIPTA. mohonlah taubat daripadaNYA, walaupun kita telah ditakdirkan untuk melalui ujian yang maha hebat itu. 
sahabatku sayang..ingatlah, ALLAH itu maha Pengasih ..sejauh manapun kita tinggalkan DIA, DIA masih mengawasi tingkah laku kita, kerana sifat Pengasih itu kita masih diberi pinjaman oksigen untuk bernyawa, andai dikira harga kandungan oksigen itu, belum mampu kita membayarnya walau sejuta tahun kita hidup.
sahabatku sayang..jangan sesekali menyalahkan DIA dgn apa yg terjadi dalam hidup kita, pandanglah ujian ini dengan pandangan hikmah yang tersurat. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.
sahabatku sayang.. jangan mudah tersungkur dengan ujian kecil ini, jika Allah menarik sedikit kebahagiaan kita,yakinlah..DIA mahu memberi kita kebahagiaan yang lebih indah pada masa depan. 
sahabatku sayang..andainya hari ini kamu merasakan Allah itu tidak adil, fikirlah wahai sahabat, jika Allah itu tidak kasihkan kita, DIA pasti tidak mencampakkan rasa insaf dalam diri kita,sedngkan rasa insaf dan kesedaran itu merupakan tanda ALLAH masih sygkn kita dan mahu kita kembali mengingatiNYA.
sahabatku sayang..kutitipkan pesan, jagalah hubunganmu dgn DIA, rendahkan pandanganmu, jagalah tutur katamu,perbaiki dirimu, tingkatkan amalanmu..kerna ku amat yakin, sampai satu masa Allah hadirkan kamu insan yang mengasihi DIA untuk mengasihi kamu kembali.

Hai anak Adam..
jangan sesekali kamu menyentuh hati Hawa andai kamu tidak berniat untuk memetiknya.
jangan sesekali kamu rasa dirimu berkuasa segalanya.
jangan sesekali kamu meminta-minta tubuhnya,
kerna Hawa dijadikan mempunya hati yang sgt rapuh..
Hai anak Adam..
kasihanilah Hawa yang lemah ini,
kasihanilah Hawa yang punya impian murni,
kasihanilah zuriat keturunan kami.
Hai anak Adam..
andai benar kamu cinta,kahwinlah..
andai benar kamu sayang, kahwinlah..
andai benar kamu berindu, kahwinlah..
sungguh perkahwinan itu membuatkan hati org yg di dlmnya tenang lg kusyuk..
moga perkawinan terpelihara nafsumu,zuriat keturunanmu,maruah dirimu,jua akhlak perhiasanmu..

Tuesday, March 20, 2012

Petua Mendidik Anak

........السلام عليكم
salam ukhuwah kpd pembaca semua..moga iman kita hari ini lebih baik dari semalam, insyaallah..

alhamdulillah..tercuit rasa hati untuk melakar sesuatu atas kanvas ini setelah ber"chatting" dgn seorang kakak yang sy anggap menjadi role model saya..banyak sekali input dan tips yang diberikan oleh beliau untuk sy pabila berumah tangga suatu hari nanti. Antara nasihat beliau, didiklah anak dengan didikan islam, hanya dengan anak kita bergantung harap untuk didoakan setelah kita meninggalkan dunia sementara ini..Di sini saya kongsikan tips untuk mendidik anak dari beliau.
1)amalkan membaca al-quran ketika mengandung
2)beri susu ibu
3)campurkan susu anak dgn menitiskan beberapa titik madu di dlm botol susu.(bg meransang otak)
4)jika berkebolehan, interaksi dgn si kecil dalam bahasa arab atau english..(dua2 lg bgus)
5)tidurkan anak dgn selawat dan bacaan ayat-ayat suci al-quran.
6)usap ubun kepala anak dengan membaca "YA LATIF" 3x
7)ajar si kecil berselawat atau zikir yang pendek bermula dari lahir.
8)solat dengan suami smbil diperhatikan anak supaya dia faham kewajipan solat
9)jangan memarahi si kecil, ini akan menyebabkan rasa rendah diri dlm diri anak.
10) jangan mengeluh keletihan dalam menjaga anak,ini akan memberi effect kpd sikap anak nanti.

semoga kita semua dpt menjadi ibu dan bapa solehah kpd anak-anak pewaris kita.Insyaallah..