Tuesday, June 5, 2012

surat untuk si dia

meniti usia 21tahun  membuatkan aku semakin memikirkan masa depan, alhamdulillah..aku berjaya mendapat peluang belajar di universiti,.sujud penuh kesyukuran kpd Dia..

menikmati keseronokkan menimba ilmu ditambah pula kwn2 yg baik, kukira hidupku lengkap..tp saat ini,bila kuterpandang wajah kwn2 yg bakal mendirikan masjid, timbul perasaan cemburu di satu lubuk hati yg paaaaaling dalam. Inilah rahsia Ilahi yg tiada siapa yg tahu. Maut,Jodoh Rezeki hanya Dia yg menentukan. Satu malam, sepasang mata ini degil utk melabuhkan lenaku, ku ambil kesempatan untuk memikirkan soal hatiku, apa yg ku kehendaki.. aku bahagia bila di samping kanak2, aku bahagia andai ada yg sudi mengambil berat tntg diriku..adakah aku bersedia untuk membuka hatiku memberi laluan kpd jejaka idaman???

ya, aku dh bersedia andai imamku dtg mengambilku sbg makmumnya.. Andai aku dikurniakan lelaki soleh, sujud penuh kesyukuran kpdNYA..kuharap dia mampu membimbing aku dan zuriat2ku. Andai juga Allah memberi kpdku dia yg biasa2 imannya, redha sentiasa di hati krn aku tahu, aku juga tidak sempurna imanku, moga Allah memberi kekuatan kpd kami mencari redha Ilahi. 

kpd imamku..

salam penuh kerinduan padamu,
jagalah hatimu kerna ku jua sdg berusaha menjaga hatiku,
tuntulah ilmu sebanyak mungkin kerana  kumengharap tarbiyah darimu,
didiklah diriku menjadi isteri solehah padamu dan ibu terbaik pada zuriatmu,
sungguh penantian ini satu penyeksaan,
tp ini kerja Ilahi,mungkin Dia mahu "kita" lebih bersedia menuju alam rumahtangga.
Dia mahu penuhkan ilmu di dada kita, Dia mahu penuhkan rasa kasih dan sygmu padaku.
Imamku...
ku sedari diriku penuh kelemahan, dicalit kotoran-kotoran dosa yg degil,
tp imamku..aku berjanji padamu,
aku akan menjadi isteri terbaik buat dirimu,
aku akan mnjadi ibu terbaik bg zuriatmu
akan kuajar tarbiyah islamiyah kpd mereka..
imamku..
marilah sama2 kita membawa bait muslim ni menuju syurga abadi,
aku pasti dirimu juga mendambakan tempat di sana.
imamku..
dalam fatrah "rahsia Ilahi " ini..aku sentiasa mendoakan dirimu dlm kekuatan iman dan diri,
moga Allah menemukan cinta kita berpaksikan  cinta Dia Ya Ilahi..
saling merinduimu dalam doa2 di sujud terakhirku..

salam syg...
kekasihmu tercinta

Wednesday, March 21, 2012

Kasihanilah Hawa Wahai Adam!!


“Musa berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Qasas ayat 16) 


بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah..syukur di atas rahmat dan kasih Ilahi, penulisan entri kali ini dapat dihasilkan setelah terpanggil untuk memberi komentar mengenai masalah yang acap kali berlaku dalam kalangan umat akhir zaman ini.
Akhir-akhir ini, telinga saya menerima santapan pelbagai berita dan masalah dalam kalangan remaja iaitu putus cinta.
Untuk itu, saya ingin mengajak kalian merenung diri kita kembali dimana silap dan salah kita yang terlepas pandang.

Hawa dan Adam ku syg..
kehidupan ini bagaikan roda, tidak selalu kita di atas, sampai masa kita berada di bawah. Kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit,muda sebelum TUA..ingatlah sahabat-sahabatku, kita dilahirkan sama tarafnya. Maka..matlamat kita dilahirkan ke bumi juga sama iaitu menjadi hamba yang soleh.
sahabatku sayang..jangan menangisi kesilapan lalu sebagai kesilapan yang tiada kata maaf dari PENCIPTA. mohonlah taubat daripadaNYA, walaupun kita telah ditakdirkan untuk melalui ujian yang maha hebat itu. 
sahabatku sayang..ingatlah, ALLAH itu maha Pengasih ..sejauh manapun kita tinggalkan DIA, DIA masih mengawasi tingkah laku kita, kerana sifat Pengasih itu kita masih diberi pinjaman oksigen untuk bernyawa, andai dikira harga kandungan oksigen itu, belum mampu kita membayarnya walau sejuta tahun kita hidup.
sahabatku sayang..jangan sesekali menyalahkan DIA dgn apa yg terjadi dalam hidup kita, pandanglah ujian ini dengan pandangan hikmah yang tersurat. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.
sahabatku sayang.. jangan mudah tersungkur dengan ujian kecil ini, jika Allah menarik sedikit kebahagiaan kita,yakinlah..DIA mahu memberi kita kebahagiaan yang lebih indah pada masa depan. 
sahabatku sayang..andainya hari ini kamu merasakan Allah itu tidak adil, fikirlah wahai sahabat, jika Allah itu tidak kasihkan kita, DIA pasti tidak mencampakkan rasa insaf dalam diri kita,sedngkan rasa insaf dan kesedaran itu merupakan tanda ALLAH masih sygkn kita dan mahu kita kembali mengingatiNYA.
sahabatku sayang..kutitipkan pesan, jagalah hubunganmu dgn DIA, rendahkan pandanganmu, jagalah tutur katamu,perbaiki dirimu, tingkatkan amalanmu..kerna ku amat yakin, sampai satu masa Allah hadirkan kamu insan yang mengasihi DIA untuk mengasihi kamu kembali.

Hai anak Adam..
jangan sesekali kamu menyentuh hati Hawa andai kamu tidak berniat untuk memetiknya.
jangan sesekali kamu rasa dirimu berkuasa segalanya.
jangan sesekali kamu meminta-minta tubuhnya,
kerna Hawa dijadikan mempunya hati yang sgt rapuh..
Hai anak Adam..
kasihanilah Hawa yang lemah ini,
kasihanilah Hawa yang punya impian murni,
kasihanilah zuriat keturunan kami.
Hai anak Adam..
andai benar kamu cinta,kahwinlah..
andai benar kamu sayang, kahwinlah..
andai benar kamu berindu, kahwinlah..
sungguh perkahwinan itu membuatkan hati org yg di dlmnya tenang lg kusyuk..
moga perkawinan terpelihara nafsumu,zuriat keturunanmu,maruah dirimu,jua akhlak perhiasanmu..

Tuesday, March 20, 2012

Petua Mendidik Anak

........السلام عليكم
salam ukhuwah kpd pembaca semua..moga iman kita hari ini lebih baik dari semalam, insyaallah..

alhamdulillah..tercuit rasa hati untuk melakar sesuatu atas kanvas ini setelah ber"chatting" dgn seorang kakak yang sy anggap menjadi role model saya..banyak sekali input dan tips yang diberikan oleh beliau untuk sy pabila berumah tangga suatu hari nanti. Antara nasihat beliau, didiklah anak dengan didikan islam, hanya dengan anak kita bergantung harap untuk didoakan setelah kita meninggalkan dunia sementara ini..Di sini saya kongsikan tips untuk mendidik anak dari beliau.
1)amalkan membaca al-quran ketika mengandung
2)beri susu ibu
3)campurkan susu anak dgn menitiskan beberapa titik madu di dlm botol susu.(bg meransang otak)
4)jika berkebolehan, interaksi dgn si kecil dalam bahasa arab atau english..(dua2 lg bgus)
5)tidurkan anak dgn selawat dan bacaan ayat-ayat suci al-quran.
6)usap ubun kepala anak dengan membaca "YA LATIF" 3x
7)ajar si kecil berselawat atau zikir yang pendek bermula dari lahir.
8)solat dengan suami smbil diperhatikan anak supaya dia faham kewajipan solat
9)jangan memarahi si kecil, ini akan menyebabkan rasa rendah diri dlm diri anak.
10) jangan mengeluh keletihan dalam menjaga anak,ini akan memberi effect kpd sikap anak nanti.

semoga kita semua dpt menjadi ibu dan bapa solehah kpd anak-anak pewaris kita.Insyaallah..

Thursday, May 19, 2011

Menilai sebuah kejujuran

KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang serang penyakit munafik.
Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?"
Baginda menjawab: "Mungkin saja." Sahabat bertanya lagi: "Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?" Rasulullah SAW menjawab: "Mungkin saja." Sahabat bertanya lagi: "Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak."
Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.
Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.
Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)
Rasulullah bersabda: "Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga".
Kejujuranlah yang menjadikan Ka'b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim daripada seksa api neraka di kemudian hari.
Kejujuran adalah tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi manusia.
Di sinilah pentingnya kejujuran bagi kehidupan. Rasulullah bersabda: "Tetap berpegang eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu terdapat keselamatan."
Ada tiga tingkatan kejujuran. Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti. Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan. Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.
Seorang mukmin tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan mencari keredaan Allah.
Jelaslah kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Seorang yang jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.
Jika dia berada di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Sunday, April 24, 2011

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

1. Agama itu nasihat. 
2. Doa itu pati pada ibadat. 
3. Manusia dibangunkan dengan siapa dia suka. 
4. Tidak gopoh-gopoh dari Allah, bergopoh dari syaitan. 
5. Majlis itu amanah. 
6. Malu sebahagian dari iman. 
7. Arak punca maksiat. 
8. Orang yang beriman, tiada ada dendam & mulia. Orang yang celaka (terkutuk), berdendam. 
9. Perbuatan zalim, bangkit dihari akhirat akan gelap. 
10. Orang yang mula memberi salam, bebas dari takbur. 
11. Dunia ini penjara kepada orang beriman, syurga kepada orang kafir. Maka apabila berpisah      daripada dunia, maka keluar dari penjara. 
12. Kayu Sugi (Siwak) sesuatu yang bersih (suci), sesuatu yang diredha ( disukai) oleh Allah. 
13. Locing (muzik) adalah serunai syaitan. 
14. Tangan yang diatas (memberi), lebih baik dari tangan dibawah (menerima). 
15. Mengumpat lebih dahsat dari zinah menghilangkan pahala. 
16. Berkadaan bersih sabahagian daripada iman. 
17. Al-Qur'an itu penghujah (pembila) kepada engkau atau pendawa atas engkau. 
18. Perempuan-perempuan adalah tali-tali jerat syaitan perangkap syaitan). 
19. Orang yang memberi makan dan bersyukor, ia adalah seperti orang yang berpuasa dan ia adalah orang yang sentiasa bersabar. 
20. Sifat sederhana dalam perbelanjaan separuh daripada kehidupan (kebahagian). 
21. Sifat menghormati, kasih sayang kepada manusia separuh daripada kebijaksanaan. 
22. Orang yang bertaubat dari pada dosa dia adalah seperti saorang yang tiada dosa. 
23. Zikirullah adalah tujuh ratus kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah. 
24. Bahawa pintu-pintu syurga ada lapan pintu, salah satu daripadanya diuntukan bagi orang yang berzikir sahaja. 
25. Barang siapa menhormati dan memuliakan ahli-ahli bida'ah maka dia adalah menolong buat meruntuhkan agama. 
26. Hendaklah kamu mengajar mayat-mayat mu akan mengucap kalimah LAA ILAHA ILLALLAH ketika ia meninggal maka diwajibkan syurga baginya. 
27. Barang siapa menyembunyikan kesalahan seorang orang Islam, Allah akan menyembunyikan kesalahannya di dunia ini dan diakhirat Allah menolong hambaNya selagi hambaNya itu menolong saudaranya yang beragama Islam. 
28. Semoga Allah s.w.t. merahmati seseorang yang menggantung tali (rotan) dalam rumahnya untuk mengajar keluarga rumahnya. 
29. Seseorang yang terluput satu solatnya adalah seumpama seorang yang telah hilang segala kekayaan dan keluarganya. 
30. Hendaklah bersyukur kepada Allah diatas segala nikmatNya. 
31. Bagi orang alim itu tiga alamatnya: Bercakap yang benar menjauhkan yang haram dan merendahkan diri. 
32. Manusia yang paling bahagia dengan Shafaatku ialah orang berkata LAA ILAAHA ILLALLAAH dengan ikhlas dari hatinya. 
33. Sesungguhnya Allah mengharamkan api neraka terhadap orang yang mengatakan LAA ILAAHA ILLALLAH yang betul-betul menuntut keredaan Allah. 
34. Sebaik-baik hamba, darjatnya pada Allah dihari kiamat ialah orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah. 
35. Siapa selawat ke atas ku seribu kali tiada mati ia sehingga digembirakannya dengan syurga (diperlihatkannya). 
36. Paling hampir seorang hamba Allah dari Tuhannya ialah ketika mana dia dalam sujud, maka banyaklah berdoa padaNya. 
37. Dan siapa selawat ke atas ku seribu kali, maka Allah mengharamkan tubuhnya atas api neraka. 
38. Orang yang bahagia (beruntung) itu tiga alamatnya: Makanan yang halal, duduk bersama orang-orang alim ( ulamak) dan sembahyang lima waktu bersama imam. 

Buat Teman Semua


Kiranya aku tiada lagi teman 
akan ingatkah kalian padaku 
Pada gurauan dan rajukan manja 
Pada bicara tanpa wajah dan suara 
yang mengisi suasana ceria


Kiranya aku tiada lagi teman.. 
akan rindukah kalian padaku 
pada usikan nakal menduga 
pada skrin ditalian cyber 
yang mengisi masa-masa luangmu


Kiranya aku tiada lagi teman 
kenanglah aku disudut hati kalian 
Maafkan juga tiap kesalahanku 
doakan kesejahteraan buat diriku 
dalam kembaraku membina impian. 
 

Tuesday, April 19, 2011

Dalam Perjalanan Mencari PENCIPTA

dikau hadir dikala aku memerlukan seorg teman
dikau bawa secebis bahagia bila aku hampir berputus asa..
ku terima segala apa yg diperduga..
kini ku bersedia hadapi hari muka
kau bawa sinar cahaya..
di hari ku yg gelita
dan dikau hadir tepati waktunya...
membawa tawa ceria...

"wanita solehah untuk lelaki soleh,dan lelaki soleh utk wanita solehah"

dlm perjalanan mencariMU YA RABB.. ,ada kemanisan yg dpt dirasai..
..sungguh indah perasaan itu...
kala dua insan sdg mengorak langkah dlm melakukan anjakan paradigma 
dlm mencari ridhaullah,
dlm menagih barakatillah..
mereka dipertemukan oleh ALLAH..
alhamdulillah..
walau hanya secebis makrifah yg KAU  berikan..
mereka saling bertukar ilmuMU YA ALIM
dengan secebis ilmu itu jualah
KAU merapatkan tali silaturrahim mereka..
dlm meniti hari2 yg penuh indah...
sehingga mereka mampu menjadi sahabat yg baik..
mungkin tidak sehebat
saidina abu bakar as-siddiq
sahabat yg setia menemani rasullah dlm hijrah baginda..
saidina umar..
sahabat yg rela memperjuangkan nyawa apabila mendengar baginda dihina..
tetapi dgn secebis ilmu itu mereka masih menjaga batas pergaulan mereka sbg ajnabi..
alhamdulillah..persahabatan itu masih disemai dgn nilai2 taqwa..
hari2 yg berlalu semakin menambahkan iman dan taqwa di hati..
tnpa disedari..sudah 2 tahun persahabatan mereka..
dan tanpa disedari..
muncul satu perasaan yg aneh di kalbu wanita itu..
mungkinkah dia merindui ar-rijal???
adakah ini cinta.?
sungguh indah perasaan itu..

astaqfirullah..(wanita itu berkata)
jgn KAU biarkan perasaan itu wujud dlm hatiku..
sungguhpun aku mencintainya..
tetapi aku malu padaMU...
malu krn cintaku padaMU masih sejengkal..
layakkah aku mencintainya???
sedangkan iman ku masih rapuh..
sedangkan ilmuku hanya secebis??
YA RABBUL IZAH..
terimalah titisan air mata syahdu ini..
titisan air mata dr seorg hamba yg memerlukan pertolonganMU..
ALLAHURABBI..
andai dia milikku..
temukanlah kami di alam perkahwinan yg indah..
jua syurgaMU..
andai dia mampu membimbingku ke jalanMU..
jalan siratul mustaqim.
aku rela menjadi isterinya YA ALLAH..
YA MUHAIMIN..
andai dia jodohku..
hadirkan jua perasaan ini di dlm hatinya..
dan jgn KAU membenarkan hati kami mencintai antara satu sama lain melebihi cinta kami kpdMU..
sungguh KAU pemilik segala cinta..
terima kasih di atas segala kurniaanMU..


(indahnya cinta bersulam taqwa)